Monday, June 14, 2010

musim bola datang lagi II

Gua memang nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat Piala Dunia. Bila tiba musim bola ni, memang gua dapat untung paling banyak sekali. Sebab apa gua cakap macam tu?. Sebab gua dapat tidur dekat ofis!. He he he.

Masa Euro hari tu pun, tauke besar bagi gua tidur ofis. Puncanya, masa pusingan pertama Euro hari tu, gua boleh masuk kerja pukul 2.30 petang gara-gara terlajak tidur!. Alih-alih tauke besar bagi "line" kat gua untuk tidur kat ofis. Kurang-kurang bila Mak Jah cleaner datang, dia boleh tolong kejutkan gua sekali. Walaupun Pak Kassim Jaga ada tapi dia pun tak boleh pakai sangat. Masa final Euro hari tu, boleh pula tiba-tiba dia nak balik, katanya bini dia sms suruh balik.

"Ado emejensi" kata Pak Kassim dalam loghat Negeri dia. Eleh, macam gua tak tahu, balik nak mengkuda bini dialah tu, mentang-mentang baru kahwin dengan janda anak satu, ligatlah. Pak Kassim Jaga ni boleh tahan juga ligat dia dengan perempuan, pernah sekali kantoi dengan gua belakang lorong dekat Mercedes Lorong Haji Taib tengah buat tawar-menawar. Eh, gua pun pergi sana gak tapi pergi makan rojak. Rojak kat mamak tepi EON Bank tu memang layan beb!. Korang jangan fikir bukan-bukan.

Budak-budak ofis lain ada juga nak menumpang tidur kat ofis, nak tengok bola sekali tapi gua tak berani nak bagi. Gua cakap kalau lu orang nak port, pergi tanya tauke besar tapi haram sekor pun tak berani tanya. Gua pun kadang naik heran juga, apahal lah tauke besar ni baik sangat gua, percaya sangat gua?. Nak juga tanya tapi sampai sekarang tak tertanya-tanya. Budak-budak kat ofis memang naik jaki dengan gua, nasiblah bukan gua yang mintak, rezeki datang bergolek, takkan gua nak tolak lak?.


Musim bola kali ni lain sikit, Bila gua sampai ofis, nanti ada satu nota kat atas meja gua. Diya punya kerja, nota tu selalu bagitau yang ada milo panas dengan sup cendawan yang dia buat dekat pantri untuk jadi makan malam gua. Diya, awek IT ni memang suka buat gua rasa serba-salah. Entah kenapa dia beriya-iya betul sanggup nak buat benda tu untuk gua. Sekali dua tu, boleh gak lah gua telan sup cendawan, masuk hari semalam, sup tu gua tolak kat Pak Kassim jek, gila apa sebulan ni nak telan sup cendawan?. Mahu kepala takuk gua kembang besar cendawan. He he he.

Sebut pasal Diya, sampai sekarang dia tak tahu alamat blog gua. Ada juga dia tanya tapi gua cakap suruh dia cari sendiri, kata budak IT kan?. Pandai-pandailah cari sendiri. Gua ingat dia nak marah ke merajuk ke tapi dia boleh tenang bagi senyuman manis lemak berkrim pula!.

"Diya mesti jumpa nanti!, tengoklah awak". sambil ketawa kecil menutup mulutnya yang kecil tu. Memang geram je gua tengok. Diya oh Diya!. Ok beb, lain kali gua sambung lagi. Beriya-iya gua ok beb bagai, bukan ada orang baca pun blog gua ni!. He he he.

No comments:

Post a Comment