Sunday, June 13, 2010

musim bola datang lagi

Apasal gua rasa tajuk entri ni macam gampang?. Skema nak mampus rasanya. Lantaklah, bukan korang amik port pun kan?. Niat gua, jumaat lepas nak tulis cerita dalam blog ni tapi tak kesampaian. Elok-elok gua baru nak letak kepala atas sofa belakang meja Jijoi, tauke besar panggil gua masuk dalam bilik. gua sebagai pekerja yang tak nak cerita banyak, terus masuk jumpa tauke.

Rupa-rupanya tauke besar suruh gua hantar barang kat perempuan simpanan dia. gua pun tak tahu kenapa tauke besar ni percaya sangat dengan gua untuk lguakan kerja-kerja hanyir dia ni. Muka gua ni macam orang yang beriman sangat ke?. Capai helmet, terus turun bawah, start motor, redah pergi Kelana Jaya. gua bukan tak nak tolong tauke besar dalam kerja-kerja hanyir dia ni tapi bapak jauh nak hantar barang-barang ni bai, kau bayangkan dari Seri Kembangan nak ke Kelana Jaya. Ialah, cakap senang, naik highway apa jadah semua tapi kalau dah motor kau sarat dengan barang-barang, sanggup korang nak hogah semua ni?. Ada sekali tu, dia suruh hantar microwave ke rumah perempuan simpanan dia tu!. Bapak gila punya kerja.

Tapi,ada tapinya, setiap kali lepas gua hantar barang tu semua, bila balik ke pejabat, tauke besar akan tinggalkan sampul surat untuk gua dekat meja telefonis. Olin si telefonis tu selalu jaki dengan gua. Sampai sanggup minah tu tabur cerita dekat ofis yang mengatakan gua ni toyboy tauke besar. Macam sial betul!. Sebenarnya dia cemburu, bila gua koyakkan sampul surat tu depan dia. Ada dalam dua ke tiga ratus untuk gua sebagai upah. Sebab upah dia yang masyuk tu lah menyebabkan gua sanggup bergadai nyawa untuk tauke besar. Lepas jugalah belanja kalau datang musim sesak sampai anak tekak. Tauke besar pun bukan selalu suruh gua buat "special delivery" ni, kadang-kadang tu 2-3 bulan sekali baru dia bagi kerja. Jumaat hari tu pun setelah 3 bulan lamanya dia tak bagi "job".

Eh, bukan tajuk kat atas tu cerita bola ke?. Yang gua cerita pasal kerja "part time" gua ni apahal lak?. Sudah-sudahlah. gua nak sambung tengok prebiu bola. Pak Kassim Jaga pun dah panggil tu. Oh ya, kalau musim bola, memang gua berkampung kat ofis, tauke besar sudah kasi lesen besar. Korang jangan marah ek?.

No comments:

Post a Comment